Thursday 14 November 2013

Selamat hari 'Asyura kepada semua umat islam

Selamat hari 'Asyura kepada semua orang islam


Assalamualaikum sume.lama betol aku xupdate blog.asalnya nak update pasal hari 'asyura ni 2 hari lepas.tapi sayangnya hajat tak kesampaian sbb internet xde.haha.apa2 pon selamat berpuasa kepada yang berpuasa pada hari ini.Bagi orang islam ianya ibarat sebuah bonus yang sangat besar yang Allah bagi sebab ianya menghapuskan dosa kita setahun yang lepas.seperti yang dinyatakan dalam hadis dibawah

عن أبي قتادة رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم سئل عن صيام يوم عاشوراء فقال: ((يكفر السنة الماضية)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.

Daripada Abu Qatadah r.a. : bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘asyura. Baginda menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (Riwayat Muslim)

apa2 pon.10 muharram.iaitu hari ini juga adalah hari keagunggan bagi orang yahudi dan kristian..ha..dan juga hari Karbala bagi puak2 syiah.time untuk dorang pecah2kan badan tu.Soo bagi yang nak berpuasa asyura digalakkan berpuasa tasu'a iaitu puasa sehari sebelum puasa sunat 'asyura.ataupon pada sesiapa yg baru berpuasa 'asyura hari ini boleh buat puasa sunat besok.ianya bertujuan supaya tidak sama dengan mereka yang bukan islam.ini antara hadis yang dinyatakan

وعن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُما قال، قال رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم: ((لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.

Daripada Ibn Abbas r.a. beliau berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (Riwayat. Muslim)

Selamat hari 'Asyura kepada semua umat islam

Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9". Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)

P/s : kredit gambar oleh OwhSoMuslim dan islamituindahdotmy

semoga kita semua beroleh keberkatan di hari yang mulia ini.Allahumma Amin~

Wednesday 25 September 2013

Ape cerita ni Mat Yo ??

Ape cerita ni Mat Yo ??

Assalamualaikum semua.rasanya korang sume da tau pasal cite nih.sesape yang tak tahu boleh la ke youtube sbb video tu jadi one of the most popular videos listed untuk ari ini,aku bukan nak mengapi2kan..tapi sebagai manusia diberi kebebasan bercakap.aku kena cakap dan aku menulis nih atas dasar kemanusiaan.

Bukan ape.aku kesian giler dengan pakcik nih.kena tengking bodoh,jantan dayus siap disepak lagi (pada video ketika pakcik ni ditemuramah,dan ianya juga dirakam oleh CCTV tempat pakcik ni kerja) korang tau la..bini mat yo rakam atas dasar nak memalukan dan mmenyaman pakcik ni..at the last dia yang dimalukan "kalau korang buka fb memang sure news feed korang dibanjiri dengan isu neh" pastu knyataan dia kat akhbar metro pagi tadi dia kata dia xbersalah..haishhh..kesian la pakcik tu dah la dia bertugas,ko xnak denga ckp dia.lagi maen tinggi punya angkong.sampai panggil dia dayus..sape yg dayus skrg? fikir r.panggil bodoh siap disepak lagi..at the last pakcik ni pulak mintak maaf.aduh..dunia ni sementara je..pangkat darjat.level apa pon tetap sujud cium sejadah pada ALLAH jugak..nabi muhammad semulia2 manusia pon hormat org tua.ermm

Aku ada satu prinsip mudah..
Kita nak org respect kat kita,kita respect kat org..
kita nak org setia dengan kita,kita setia dengan pasangan kita dulu,
kita nak anak2 kita hormat kita,kita kena hormat org tua kita dulu.
kita nak dapat isteri yg baik,kita kena jadi baik dulu (ayat alquran,lupa surah apa.an nur klu x silap.boleh google dan nnti refer terjemahan)

benda ni memang harus diapply dalam kehidupan seharian walaupon kita tahu kadang2
Kita respect kat org baik dengan orang,org tu buat tahi.bak kata pepatah (diberi madu,dibalas tuba)
Kita setia,org tu tak setia
Kita taat ibu bapa,tapi anak2 nakal
kita dah baik,tapi isteri/suami bukan org yg kita impikan 

tapiii selalunya apa yang org buat kat kita mencerminkan diri kita

aku fikir dari perspektif yang berbeza.membayangkan keadaan pakcik tu rasa kesian pulak lagi2 yang kena tu mak atau ayah kita..dia cuma menjalankan tugas je..tu pon guard tu dah berapa kali tolak ansur..dan entri ini juga seharusnya dipandang sebagai  entri kemanusiaan ataupon humanity..sbb kita manusia same je..jangan senang2 golongan bawahan,sederhana ditindas..aku harap entri ni bermanfaat..ambik dan fikir dari sudut positif.

P/s : ada banyak page kat fb yang akan buat dana khas untuk bantu pakcik ni skiranya kes ini berlanjutan ke mahkamah..lawyer2 yang penah handle kes besar2 pon dikhabarkan akan volunteer bantu pakcik ni.semoga nasib2 orang biasa macam kita terbela...

Mark Zuckerberg,Larry Page,Sergey Brin aset berbilion tapi mereka2 ni sangat humble pakai kete biasa je..dari lifestyle dia kite dapat tahu perwatakan seseorang tu,tak dinafikan juga.ada billionair yang berbelanja ikut taste dorang but trust me..their mentality is totally diffrent dengan orang macam kita..ideologi dorang level atasan.sekiranya diperlakukan apa je..dorang takkan punya ckp.. Ko kenal aku sape ? ko xrespek aku ?

BUDI BAHASA BUDAYA KITA :-)

Sunday 8 September 2013

Minyak naik 20 sen

Minyak naik 20 sen


Assalamualaikum..fuh.lame giler x update blog..dari start raya lagi gua nak update tapi masa memang takde.so whatsup?? since gua dah update.gua pon nak update isu semasa sekarang..semua orang maklum yang minyak RON95 dan diesel naik harga dari 20sen/seliter pada 3 september 2013..so aku sebagai rakyat Malaysia yang berdemokrasi ni nak juga menyuarakan pendapat..dan pendapat aku ni sebagai pengkaji..aku tak memihak mane2.so aku harap xde sesape yang panas punggung(butthurt) dengan pendapat aku.

INI BUKAN ENTRI POLITIK,HANYA BERKONGSI

Gua xla banyak ilmu,tapi duk kat Malaysia dah cukup faham dan matang permainan politik kat malaysia.dapat nampak mana kaca mana permata dan selaku student business,economy gua nak cakap.bagi setengah orang 20sen mungkin sikit tp xsume org snang.lagi2 org yg duk hadap jem tiap pergi ngn blik keje.minyak naik,inflasi pun akan naik.duit kertas makin susut nilai..barang2 pon sume akan naik.sepatutnya kalau nak naik kan Kerajaan BN kena bentang awal2 kat bajet 2013 dulu.bagi semua orang clear..

Tapi gua faham,mesti akan ada sstangah org yang akan panas hati.cakap nak compare dengan negara asia lain yang harga minyak lebih rendah.persoalannya.negara kita pengeluar minyak.selayaknya kita dapat harga lebih rendah.PLUS.

kerajaan menanggung subsidi yg lebih besar apabila harga minyak naik. Logiknye,semua org,barang2 n ape2 pon diangkut guna pengangkutan yg pakai minyak dan jika harga minyak naik harga barang2 pon akan naik. tapi ape guna kerajaan tanggung subsidi pada penjana tenaga bebas (IPP) sedangkan kite tak guna pon tenaga tuh?? kenapa xboleh duit yg kerajaan tanggung pada subsidi penjana tenaga elektrik bebas tu kerajaan tak bagi untuk tanggung harga minyak?belum kira tambang teksi,bas dan sebgainya.

nanti lu orang senang2..try cari entri dari website bloomberg tentang perbandingan harga minyak petrol termurah dan termahal..gua cube cari tapi xjumpe..seminggu lepas aku ada jumpe..try google kat sana ada money currency converter sekali.dan xsilap negara venezuela petrol paling murah di dunia.

Minyak naik 20 sen

ok.now back to Malaysia.ni keratan akhbar the star 5/9/2013 ..nampak tak kesannya ?mohon jangan ada pihak yang kait kan.ala.20 sen je..rokok naik harga lu orang boleh beli..etc. ok.sekian saje entri gua untuk kali neh.mohon maaf kalau ada yang terasa,dan mohon diperbetul mana yang slah..gua terima segala cacian,pujian dari lu orang..ini cuma pendapat peribadi gua.

P/s : PM bagi BR1M 2014 weh!!

Sunday 14 July 2013

Salam Ramadan Mubarak !!

Salam Ramadan Mubarak !!

Assalamualaikum pada semua umat manusia..salam ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua yang beragama islam..eventhough ramdhan karim starts on 10th july(dah 5 hari kot puasa,baru nak wish).aku harap tidak terlambat untuk aku ucapkan selamat berpuasa.ngehehe.dann.dah alang2 wish aku nak kongsi jugak doa buka puasa serta niat puasa.here we go :)

niat puasa

dan ini pula doa berbuka puasa

doa berbuka puasa

semoga kita semua mendapat rahmat dari Allah di bulan yang mulia nih..same2 la kita boost amalan kite.pulun habis2 berbuat ibadah dan kebaikan kerana allah dibulan mulia dan semoga kebaikan itu akan kekal dalam diri kita walapun sesudah ramadhan.dan last wish..jangan tinggal puasa bagi yang laki & traweh jangan awal2 je smangat.(ckp utk diri sendiri jgak)hehe.ok.adios amigos.wassalam.

Saturday 27 April 2013

Internet yang terbaik di Malaysia

Internet yang terbaik di Malaysia

Hello,.fuhh.lama x update..gua nak sambung sesi pembersihan sawang yang ada kat blog.orait.kalau sebelum ni aku penah update  pasal internet singapura dengan malaysia.so arini aku nak mintak pandangan korang semua terutama kaki internet,blogger2,web developer yang xboleh dipisahkan dengan internet.korang rasa UNIFI,streamyx dengan TIME, which one u guys prefer most ?

gua sertakan gambar yang membolehkan korang sume refer

TM streamyx

TIME broadband

yosh!!.aku sengaja x sertakan UNIFI sbb ada kuota.tapi cube korang usha TM 8Mbps rm160 per month compares to TIME 8Mbps RM129/month dengan 30 hours free booster 50 Mbps..giler kentang!! mana korang pilih?? atau 100Mbps dengan kuota 100GB harga up sikit la 179..tapi dari aku pilih TM 8mbps baik beli TIME 15mbps/100Mbps punya..

P/s : tapi kalau yang masyuk better angkat 50Mbps Rm399 unlimited.bagi aku 100Gb sebulan tak cukup kalau kaki download,kaki movie.bukak youtube HD lagi...mula2 je lajuuuu.lol

website:STREAMYX
             TIME

Back to the beginning


Hello,whatsup,how u guys doing.its been a while weh xhapdate blog.i've learned a few things about life for the last 2 months..tapi aku bukan nak cite pasal personal life aku kat sini.saja nak buat sesi pembersihan secara berperingkat kat blog yang bersawang.haha..aritu masa 20 April tarikh penamaan calon ada satu event kat paradigm mall.MMA fight..ingat nak snap gambar banyak2 letak kat blog.event 2 hari 20-21/4 ..tengah bawak kete.kete pulak problem..aduhai so on the next day pon gua tak dapat la datang  tengok fight tu..bytheway...

siapa yang berusia 21 tahun keatas sila tunaikan tanggungjawab anda sebagai warganegara..pilih la pemipin yang korang rasa dapat tadbir dan perintah negara dengan cara yang korang inginkan.memang very2 late wishes la.sbb yang 21 tahun keatas yang belum daftar dah xsempat kena tunggu next PRU.ngehehe.5 mei xlama dah..tapi nak tunggu 5 mei ni macm2 la pkara trjadi kan..okay,sekian saja entri gua untuk kali neh

Saturday 30 March 2013

Patah tumbuh hilang berganti ??

Patah tumbuh hilang berganti ??

Assalamualaikum.hello semua.agak lama jugak tak update blog.sekarang dah habis final exam baru lega sikit..ari ni aku nak up entri patah tumbuh hilang berganti..aiyo..lama xupdate blog.tbe2 comeback dengan entri jiwang.LOL..sebenarnya bukan jiwang ke apa.dah benda ni terlintas kat kepala aku.lagipon patah tumbuh hilang berganti ni bukan hanya pada cinta. boleh jadi benda yang kita sayang..

soo apa definisi patah tumbuh hilang berganti ?? make it simple lah! korang ada benda yang korang sayang(sayang sangat2).,dengan nilai sentimental yang sangat tinggi terhadap benda tu..contoh sudirman atau mungkin bruce lee ?? sudirman dan bruce lee merupakan orang yang biasa dengan sedikit "value added" dlm diri dorang..walaupon berlainan bidang..sehingga kini dorang masih dikenang.di ingati dan paling penting masih belum ada penggantinya.macam sudirman dengan lagu yang penuh semangat patriotik.

(last one.berkaitan dengan diri korang/keluarga)korang ada mak/ayah/nenek/lain2 yang korang sayang sangat2.tbe2 korang kena terima mak/ayah/nenek baru sebagai ganti bukan mak/ayah mertua ek..tu cerita lain..ni mak lain gantikan mak kandung misalnya..aku berani cakap mostly yang dibesarkan dengan kasih sayang makayah,marah,nasihat dorang(xterkira anak terbiar).sama sekali tak akan setuju dengan pepatah ni..contoh je ni.

sama juga dengan orang yang korang sayang sangat3..tbe2 putus atau meninggal dunia..berapa ramai yang akan decide untuk cari lain bagi yang dah kahwin la khususnya?dengan harapan teruskan hidup,jangan dikenang,cari lain gembirakan hati?berapa ramai yang berpegang  dengan pepatah tambah tumbuh hilang berganti ?untuk menghiburkan hati? bagi aku jodoh semua tu suratan.dah tertulis semuanya..memang betul yang hidup kena teruskan hidup.tapi sebenarnya kita mampu setia dan berpegang teguh pada si dia walaupon si dia takde lagi..bukannya melanggar norma kehidupan pon dan menyekat kebahagiaan kita meskipon dia xde..

caranya dengan sentiasakan berdoa.baca yassin tiap hari.Ini mengingatkan aku pada cerita lalila dan majnun kat europe pulak romeo & juliet..thats a love.true love."cinta sejati"disamping berpegang teguh pada pendirian diri kita.hidup mesti ada prinsip dan jangan bagi ianya goyah..apatah lagi ianya berkaitan dengan hati.kadang2 aku terfikir 1 laki boleh pada 4 wanita..tapi 1 wanita hanya layak pada 1 je.suami dia..kalau suami dia mati,dia kahwin lain,suami lagi1 mati.kahwin lain..so dia milik suami yang mana ? andai lah dia setia pada 3 suami tersebut.taat "hingga hujung nyawa laki tu" so end upp..dia milik suami yang mana ?


P/s :ramai orang kita salah menginterpretasikan definisi CINTA..sbb bagi dorang yang patah akan tumbuh,yang hilang kan berganti..itu dalam konteks cinta,,kalau dalam konteks penggantian dalam bidang hiburan,sains dan sbgainya aku akan cakap mungkin bakatnya atau hasil kerjanya SAMA TAPI TAK SERUPA..di mana kan ku cari ganti



sorry for the veryyy long post.layan lagu dulu..tapi gambar lagu kureng.neh je High Quality song yang aku jumpe

Saturday 23 February 2013

MMA Malaysia dianjurkan secara rasmi oleh Tunetalk

MMA Malaysia

Hello everybodeyhh..lama xupdate blog dari zaman oppa gangnam style ke harlem shake..how are you guys doing ?? aku lately busy dengan assignment berlambak tak siap..terfikir pulak nak buat 2,3 entri tapi arini satu je kot.ngehehe..okay.referring to the picture la bro.MMA..korang tau kan..alah mixed martial arts la..aku ni memang minat sangat dengan seni pertahankan diri campuran ni..pergh..bunyi dia nampak skema bile translate.so back to the topic.aku survey dorang punya website ni http://malaysianinvasion.com.my/ ..saje usha..teringin gak join kot ada any special requirements ke nak join..so bile tengok dia punya terms..not bad la..xde susah sangat..still considering nak masuk ke tidak.bukan nak apa pon.saje test2..lagipon penganjur rasmi dia tune talk..untung la tunetalk users..haha.nah

MMA Malaysia

siapa2 yang ada minat mendalam dalam martial art..jom la try masuk..saje nak share kot ada yang sama minat dengan kite. kalau xjoin, dtg tengok pon jadi lah. siap iklan lagi sebelah tu.kah3!! Ok, tunggu entri aku dalam masa yang tidak terlalu dekat.

P/s : sorry gambar ciput je..blog kecik..nak resize gambar jadi besar terlebih..untuk info lanjut boleh lawati website dorg yang aku share kat atas :)

Saturday 16 February 2013

Aktiviti waktu malam yang awesome

Aktiviti waktu malam yang awesome ?

Assalamualaikum people!! apa biasanya aktiviti malam korang ?? minum susu,pergi toilet,tido ?? haa..aku ni saje nak kongsi minat aku..kot ada yang minat ke..sebenarnya aku peminat tegar MJ 12..apa tu mj 12?? MJ 12 stands for misteri jam 12.untuk pengetahuan semua..misteri jam 12 adalah segmen seram yang dijalankan oleh radio singapura dan dikendalikan oleh Dj KC..segmen ni berkisar kan cite hantu,misteri..tiap malam akan ada cerita2 seram yang "BENAR" yang dikirimkan melalui email,sms dan ada yg call untuk bercerita.

Ok..MJ 12 ni bermula jam 12 mlam sampai 2 pagi..selalu denga cite seram dengan sound effect sorg2 dlm bilik kdg2 meremang bro.ngehhehe..sebenarnya mj 12 ni  da ramai yang tahu..mndapat sambutan dari seluruh malaysia,singapore,indonesia,brunei etc.so kepada geng2 pencari hantu atau yang minat denga cite seram tu,bole la hilangkan bosan korang denga cite hantu ni dari 12 malam-2 pagi.,isnin-jumaat..

oh..lupa dulu dj kc ni agak ekstrem jugak baca kisah2 seram luar konti..tapi sekarang da kahwin..slow sikit..bro kc ni memang champion bro penah 24 jam on air konti..tu pasal jadi champion.hehe.dan untuk makluman ada 2 dj bertugas kadang2..DJ Dzar Ismail gantikan Kc bile Kc x bertugas...korang yang nak denga secra live malam ni klik aje sini > RIA897FM < kalau korang nak denga radio tu sekarang bole tapi xde la misteri jam 12 lagi..deejay laen r tengah jage.ngehhe ..untuk ke blog rasmi dorang..klik SINI .


P/s : sebelum ni aku layan suria fm waktu malam..suria cinta..layan lagu2 cinta,cite sedih.dan sbgainya..tp sekarang layan mj 12.ngehehe


Sunday 3 February 2013

Facebook Psy dibanjiri komen dari rakyat Malaysia

Facebook Psy dibanjiri komen dari rakyat Malaysia

Hello everyone..seperti yang kita tahu...tidak lama lagi akan berlangsungnya Chinese new year.dann..aku yakin korang juga ada denga/tengok berita yang Barisan Nasional meminta Psy untuk membuat persembahan di pulau pinang sempena sambutan tahun baru cina..dan dikhabarkan juga bahawa kos yang diperuntukkan adalah RM 2 JUTA tidak termasuk kos pengangkutan dan berbagai kos lain..jadi ramai dikalangan kita(rakyat Malaysia) yang tertanya2 dari manakah datangnya dana sebanyak 2 juta?adakah duit si pembayar cukai(duit rakyat) atau duit menteri2 sendiri..okey..out from politik..aku tidak memihak mana2..negara demokrasi maa..nampak salah rakyat berhak tegur atau tanya.

Facebook Psy dibanjiri komen dari rakyat Malaysia

okay back to the topic...facebook psy diSERANG oleh rakyat..ada yang mengatakan bahawa datang selepas pilihanraya..ada yang kata negara mempunyai hutang yang sangat banyak..jadi dari manakah sumber kewangan yang diperolehi..tidak kurang juga yang menganjing dengan rakyat "didahulukan"..Dan.mostly the commentors are chinese brah!! tak caya boleh masuk sendiri ke fb rasmi psy https://www.facebook.com/officialpsy

P/s : lalang..zZz ..

Ciri-ciri suami terbaik mengikut Ustaz Azhar Idrus


Ciri-ciri suami terbaik mengikut Ustaz Azhar Idrus

Assalamualaikum..aha..tengah2 layan fb ada benda menarik yang orang share kat wall fb aku..dan aku nak share dengan korang sume alang2 tengah online.ngehehe..ciri2 suami terbaik mengikut ustaz azhar.

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,
boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,
apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang
taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib danIsyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)

P/s :simple dimple pimple kan ??hehe..semoga entri ini bermanfaat untuk dikongsikan.yosh..ada lain kesempatan aku buat lagi entri lain..


Monday 28 January 2013

Its been a long time



Hello people.dah lama xupdate blog.ngehehe..dulu banyak idea nak update..tapi kdg2 xde masa nak buka laptop.buka pon sbb nak buat assignment..habis lupa nak update apa.asalnya nak update pasal cite jackie chan yang last..CZ12..haha..cite tu bole la..sedar tak sedar dia sebaya PM kita kn..59 tahun..tp nampak muda..rambut hitam lagi..aku rasa die tak dye rambut..mungkin dia bnyak senam..nampak sihat.nampak muda la kot.bytheway..cite Juvana The movie da kua..apa lagi.mai serang panggung wayang.gua nak layan lagu seize the day dulu.jom layan..



insyallah akan cuba update blog dalam masa yg terdekat.yosh!

Tuesday 1 January 2013

Budak melayu berusia 13 tahun ditangkap kerana cuba merogol

budak lahanat

Dush..apa yang korang akan fikir bila kita sebut tentang budak umur 13 ??

budak zaman skrg memang sangat advance..budak melayu yang masih hingusan berbajukan iluminati cuba merogol seorang wanita cina di tandas pam minyak Shell jalan munsyi abdullah..kisah ini ditulis oleh mangsa sendiri..


Dear all, i was nearly been raped by a 13 year old malay kid at Shell Petrol Kiosk female toilet (Jalan Munshi Abdullah). I stop by there for a poo break and he stormed in when i opened the door after m done. With such a young mind, he manage to hold me and shut my mouth..he kissed my cheeks and molested my breast... While i struggled to fight him off ... I shouted my lungs out till the opposite Bank Simpanan Nasional staff and customer heard my shouting..In between of fighting him off, i manage to bite his fingers.. After a few attempts of trying to open the door, finally i heard a few person outside the toilet.. With that i try even harder to open the door and manage to slot my palm in between the door to avoid the door being shut again ..And thank god the shell assistant was right outside the toilet with another malay lady and malay man after the door was partly open.. They caught him and keep him in the male toilet till the police are here..And what was even heart breaking , is that the police ask me whether to let him go or continue with the police report.. Y on earth should i be letting him go??!!! And i m being questioned that did i make a lie??!! How sad is this that i m being questioned in such a way just because he is a kid....,Thank god he was not armed with any tool nor he is with other adult that may even harm me more.. And now i m in Hospital Besar Melaka for check up and will proceed with another investigation and report at IPK .. And a reminder to all the ladies and men out there, the world has changed.. A kid of 13 years old has managed to do such a criminal thing.Age doesnt matter when it comes to crime...please take extra precaution when u r out there..FYI, his name is Muhamad Majmal Bin Md Yunus (000621-01-0341)
Address: PT 1315,Jalan Teruna 2, taman bukit rambai, melaka..


boleh klik SINI juga link asal yg ditulis mangsa...terdapat juga status update dari teman lelaki mangsa..

P/s :rosak habis la...aku ikut hati rasa nak kerjakan budak tu habis2 je..dan aku sangat pelik kenapa polis tu boleh lagi tanya soalan mcmtu..tak ksah la dia budak ataupon dewasa..jenayah tetap jenayah..