Saturday 23 February 2013

MMA Malaysia dianjurkan secara rasmi oleh Tunetalk

MMA Malaysia

Hello everybodeyhh..lama xupdate blog dari zaman oppa gangnam style ke harlem shake..how are you guys doing ?? aku lately busy dengan assignment berlambak tak siap..terfikir pulak nak buat 2,3 entri tapi arini satu je kot.ngehehe..okay.referring to the picture la bro.MMA..korang tau kan..alah mixed martial arts la..aku ni memang minat sangat dengan seni pertahankan diri campuran ni..pergh..bunyi dia nampak skema bile translate.so back to the topic.aku survey dorang punya website ni http://malaysianinvasion.com.my/ ..saje usha..teringin gak join kot ada any special requirements ke nak join..so bile tengok dia punya terms..not bad la..xde susah sangat..still considering nak masuk ke tidak.bukan nak apa pon.saje test2..lagipon penganjur rasmi dia tune talk..untung la tunetalk users..haha.nah

MMA Malaysia

siapa2 yang ada minat mendalam dalam martial art..jom la try masuk..saje nak share kot ada yang sama minat dengan kite. kalau xjoin, dtg tengok pon jadi lah. siap iklan lagi sebelah tu.kah3!! Ok, tunggu entri aku dalam masa yang tidak terlalu dekat.

P/s : sorry gambar ciput je..blog kecik..nak resize gambar jadi besar terlebih..untuk info lanjut boleh lawati website dorg yang aku share kat atas :)

Saturday 16 February 2013

Aktiviti waktu malam yang awesome

Aktiviti waktu malam yang awesome ?

Assalamualaikum people!! apa biasanya aktiviti malam korang ?? minum susu,pergi toilet,tido ?? haa..aku ni saje nak kongsi minat aku..kot ada yang minat ke..sebenarnya aku peminat tegar MJ 12..apa tu mj 12?? MJ 12 stands for misteri jam 12.untuk pengetahuan semua..misteri jam 12 adalah segmen seram yang dijalankan oleh radio singapura dan dikendalikan oleh Dj KC..segmen ni berkisar kan cite hantu,misteri..tiap malam akan ada cerita2 seram yang "BENAR" yang dikirimkan melalui email,sms dan ada yg call untuk bercerita.

Ok..MJ 12 ni bermula jam 12 mlam sampai 2 pagi..selalu denga cite seram dengan sound effect sorg2 dlm bilik kdg2 meremang bro.ngehhehe..sebenarnya mj 12 ni  da ramai yang tahu..mndapat sambutan dari seluruh malaysia,singapore,indonesia,brunei etc.so kepada geng2 pencari hantu atau yang minat denga cite seram tu,bole la hilangkan bosan korang denga cite hantu ni dari 12 malam-2 pagi.,isnin-jumaat..

oh..lupa dulu dj kc ni agak ekstrem jugak baca kisah2 seram luar konti..tapi sekarang da kahwin..slow sikit..bro kc ni memang champion bro penah 24 jam on air konti..tu pasal jadi champion.hehe.dan untuk makluman ada 2 dj bertugas kadang2..DJ Dzar Ismail gantikan Kc bile Kc x bertugas...korang yang nak denga secra live malam ni klik aje sini > RIA897FM < kalau korang nak denga radio tu sekarang bole tapi xde la misteri jam 12 lagi..deejay laen r tengah jage.ngehhe ..untuk ke blog rasmi dorang..klik SINI .


P/s : sebelum ni aku layan suria fm waktu malam..suria cinta..layan lagu2 cinta,cite sedih.dan sbgainya..tp sekarang layan mj 12.ngehehe


Sunday 3 February 2013

Facebook Psy dibanjiri komen dari rakyat Malaysia

Facebook Psy dibanjiri komen dari rakyat Malaysia

Hello everyone..seperti yang kita tahu...tidak lama lagi akan berlangsungnya Chinese new year.dann..aku yakin korang juga ada denga/tengok berita yang Barisan Nasional meminta Psy untuk membuat persembahan di pulau pinang sempena sambutan tahun baru cina..dan dikhabarkan juga bahawa kos yang diperuntukkan adalah RM 2 JUTA tidak termasuk kos pengangkutan dan berbagai kos lain..jadi ramai dikalangan kita(rakyat Malaysia) yang tertanya2 dari manakah datangnya dana sebanyak 2 juta?adakah duit si pembayar cukai(duit rakyat) atau duit menteri2 sendiri..okey..out from politik..aku tidak memihak mana2..negara demokrasi maa..nampak salah rakyat berhak tegur atau tanya.

Facebook Psy dibanjiri komen dari rakyat Malaysia

okay back to the topic...facebook psy diSERANG oleh rakyat..ada yang mengatakan bahawa datang selepas pilihanraya..ada yang kata negara mempunyai hutang yang sangat banyak..jadi dari manakah sumber kewangan yang diperolehi..tidak kurang juga yang menganjing dengan rakyat "didahulukan"..Dan.mostly the commentors are chinese brah!! tak caya boleh masuk sendiri ke fb rasmi psy https://www.facebook.com/officialpsy

P/s : lalang..zZz ..

Ciri-ciri suami terbaik mengikut Ustaz Azhar Idrus


Ciri-ciri suami terbaik mengikut Ustaz Azhar Idrus

Assalamualaikum..aha..tengah2 layan fb ada benda menarik yang orang share kat wall fb aku..dan aku nak share dengan korang sume alang2 tengah online.ngehehe..ciri2 suami terbaik mengikut ustaz azhar.

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,
boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,
apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang
taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib danIsyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)

P/s :simple dimple pimple kan ??hehe..semoga entri ini bermanfaat untuk dikongsikan.yosh..ada lain kesempatan aku buat lagi entri lain..