Thursday 18 December 2014

Setiap impian Mat kereta !!

Setiap impian Mat kereta !!
370z

Hari ni aku nak cerita perihal apa yang di ingini atau di impikan oleh mat-mat kereta atau kaki kereta atau senang cerita omputih panggil every car guy dreams..apa yang aku nak ceritakan bukanlah car parts dalaman kenderaan.tapi impian memiliki kereta itu sendiri..entri ini mungkin betul,mungkin juga tidak

for track purpose of course or/daily driven car(i mean FAST CAR)

Setiap impian Mat kereta !!
SKYLINE GTR 34

Kalau diberi pilihan fast car aku yang aku prefer untuk bawak hari2 dan juga diguna di track adalah nissan gtr, any skyline, supra, fairlady..kalau korang ada duit nak beli lambo ke porsche tak salah.tapi kalau kalah dengan kereta lagi murah macam gtr jangan nangis.haha..gurauuu


for touge use/weekdays testing machine on hills or drifting session

Rx7 fd3s

Tuning untuk drift dan juga touge mungkin agak sedikit berbeza tapi keduanya tetap menjadi kegilaan mat kereta, kereta yang menjadi pilihan utama adalah rx7..atau mungkin gtr 32,atau mungkin juga evo..


for rally/drag race

Setiap impian Mat kereta !!
Mitsubishi Evo 7

Dan yess..kete untuk rally mesti mau ada.kereta rally yang paling aku suka mitsubishi evo,xkisah evo apa.dan juga subaru.apa2 jenis...kereta rally ni bawak laju kat jalan kampung berlopak xde hal laa.


P/s : itu je la aku rasa..itu impian aku dan juga mat2 kereta yang paling common..mungkin juga ada yang minat stance, ada juga yang jenis hantu sticker, ada juga jenis bosozoku dan sebagainya yang aku tak kategorikan sekali..tapi terpulang la pada individu.ada juga yang bikin kereta khas untuk drag,terpulangg..

Setiap impian Mat kereta !!


tapi kalau xde duit.memadaila beli sebiji kete family,lagi sebiji buat "kete perang" boleh buat race & touge

**GAMBAR DI AMBIL DARI PELBAGAI SUMBER MELALUI ENJIN CARIAN GOOGLE


Wednesday 10 December 2014

MyTeksi Akan Bagi RM 500 Setiap Hari Kepada Anda

MyTeksi Akan Bagi RM 500 Setiap Hari Kepada Anda

Bermula dari 3 Disember lalu sehinggalah 31 Disember 2014 ini, MyTeksi mengadakan satu contest mudah dengan memberi RM 500 TUNAI setiap hari dengan cara mengambil gambar kenderaan yang "RARE" ini atau juga dikenali sebagai MYWILDTEKSI. Caranya sangat mudah, hanya tangkap gambar diantara 3 kereta rare tersebut sekiranya anda tersempak dimana-mana.tangkap gambar dan postkan di facebook/twitter atau instagram beserta HASHTAG #myWILDteksi dan #myteksi dan tag pada MyTeksi,tapi sebelum tu jangan lupa follow atau like fb page diorang dulu.easy job,easy money

MyTeksi Akan Bagi RM 500 Setiap Hari Kepada Anda
ini merupakan contoh gambar kenderaan tersebut

Aku sendiri tak pernah tersempak dengan kereta tu.bytheway banyak promotions dan giveaway yang running sekarang daripada MyTeksi antara yang lainnn Rm30 off to KLIA/promo code untuk mereka yang menggunakan teksi sebagai alternatif utama selain bas dan banyak lagi.yang paling awesome bagi aku contest ini la.go hunt them guys. Bytheway untuk info lanjut korang boleh rujuk sini http://bit.ly/mywildteksi tentang syarat dan terma peraduan ni.dan like fb page dorang untuk follow up update2 contest/promo yang memang bayak giler kat sini FacebookMyTeksi .

P/s : Untuk makluman, ini bukan entri/post berbayar, aku just review share and spread great news.tapi kalau rasa nak bayar apa salahnya.haha ;-P .anyway aku agak suka dengan cara marketing MyTeksi since munculnya influence UBER dengan harga murah dari negara luar.something great came up dengan brilliant ideas.promo code,discounts,becoming a partner with great brands..customer dapat benefit,myteksi dapat customer with influence.this is win-win situation..WELL DONE !!


Saturday 22 November 2014

Sayangi & hargailah kedua ibubapa kita sementara mereka masih ada

Sayangi & hargailah kedua ibubapa kita sementara mereka masih ada

Hari ni viral dalam media sosial fb dan twitter satu gambar yang di postkan oleh farahsyazwanimj dengan caption "She shouted at her dad in public just because x reti pamkan angin. The dad was nicely attired for her convo. I cried" apa interpretasi yang dapat diperjelaskan dengan gambar di atas??

Aku tak tahu sejauh mana kebenaran kepsyen pada gambar itu,samada betul atau tidak. Apa pun, tak perlu aku kaitkan dengan  kereta peugeot CDM 25 dalam cerita ni.cukup la sekadar kita menghormati orang tua.apatah lagi kedua ibubapa kita.MESKIPUN mereka bukan ibubapa kandung kita..

Pangkat yang tinggi,Harta yang banyak macammana pon sentiasa la beringat asal usul kita..makbapak kau membesarkan kau siang malam.barangkali mereka bergolok gadai,kerje siang malam membesarkan kita bagi makan pakai.struggle simpan duit buat yuran dan belanja kolej...tapi bila kau dah berjaya kau lupa siapa mereka?? Mungkin mereka tidak pernah tahu menahu akau teknologi dek sibuk dengan basikal atau motor buruk.perlu ke menengkin dan jerit kepada mereka.

Aku berpesan pada diri aku juga...


Friday 21 November 2014

Tiada Lagi Subsidi Untuk Petrol RON 95 Dan Diesel Bermula 1 Disember 2014

Tiada Lagi Subsidi Untuk Petrol RON 95 Dan Diesel Bermula 1 Disember 2014
Kredit gambar paultan.org
Korang dah tahu ke belum start 1 Disember ni tiada lagi subsidi minyak oleh kerajaan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek mengumumkan dalam satu sidang media bahawa kesemua subsidi untuk bahan api petrol RON 95 dan diesel akan dihentikan berkuatkuasa bermula 1 Disember 2014.Jadi harga minyak sekarang buat masa ini RM 2.30 seliter secara tak langsung akan meningkat kepada RM 2.43 sen seliter.


Alasan penghentian subsidi yang diberikan adalah kerana harga pasaran lebih rendah berbanding harga di pam..Harga petrol dan diesel akan diapungkan mengikut harga pasaran dunia yg akan dikaji secara bulanan.. Aku malas tulis panjang.sendiri mau ingat la..masa harga pasaran turun, kita punya minyak tak turun harga..Bersedia lah duhai rakyat Malaysia.GST akan menyusul

Tiada Lagi Subsidi Untuk Petrol RON 95 Dan Diesel Bermula 1 Disember 2014

P/s :Dengan penghapusan subsidi petrol dan diesel, tiadalah lagi keistimewaan rakyat Malaysia sebagai sebuah negara pengeluar minyakApa pendapat korang bila ada orang yang cakap "harga minyak x naik,cuma subsidi dihapuskan" atau "Kalau tak suka minyak naik, keluar dari Malaysia" Dapat tak korang gambarkan mentaliti orang yang cakap camtu.huhu


Tuesday 18 November 2014

Benarkah Korea Selatan Memiliki Capaian Internet Terpantas Di Dunia ??

Benarkah Korea Selatan Memiliki Capaian Internet Terpantas Di Dunia ??

Assalamualaikum.hello.bagi korang.paling power pon internet speed korang.bape Mbps boleh cecah ?? kalau sebelum ni aku ada buat entri tentang perbandingan antara internet singapore dengan internet tempatan.. Tapi hari ni aku nak cite kelajuan internet yang xkan korang dapat kat Malaysia.walupon power mana 4G korang atau power mana speed internet office korang.ngehehe.

Merujuk pada gambar.1Gbps speed untuk download dan 157Mbps untuk upload speed..gambar ni aku ambik dari Fb page Sheikh Waleed Abdul Hakeem.. Beliau menyatakan bahawa masa yang diperlukan untuk mendownload data bersaiz 1GB/Gigabyte hanyalah 21 SAAT.. Woaahhh.giloss laju.

Benarkah Korea Selatan Memiliki Capaian Internet Terpantas Di Dunia ??

dan dengan kelajuan yang ada.dengan selamba video2 sebesar 2TB/Terabyte di download dari youtube oleh sheikh..laju kannn ?? mesti smooth je buat keje.hehe..bagi yang tak kenal beliau.boleh tengok rancangan The Deen Show.beliau merupakan pendakwah yang merupakan imam yang sering merantau dan akan menterjemahkan ayat al quran,hadis dan juga founder bagi Ilm Path Academy, Life Path Training.


Saturday 15 November 2014

Berapakah Harga Sebuah Kenderaan Selepas Dikenakan GST ??

Berapakah Harga Sebuah Kenderaan Selepas Dikenakan GST ??
kredit gambar dari group fb pelabur muda

Holla..Seperti yang semua orang sudah sedia maklum, Pada April tahun hadapan negara kita akan meng implementasikan GST yang juga dikenali sebagi cukai barangan dan perkhidmatan..tahukah anda semua apakah kesannya pada kita sebagai rakyat ??

Anda semua boleh lihat contoh harga kereta yg akan dikenakan pada tahun hadapan.
Contoh harga kereta Rm150,000 selepas GST dikenakan menjadikan harga kereta tersebut Rm159,000.

Bayaran muka dikenakan GST,baki lebihan dari pemotongan bayaran muka kenderaan juga akan dikenakan GST.Sekiranya anda membeli kereta secara tunai sekalipun tetap akan dikenakan GST.

Ini adalah salah satu contoh barangan yang dikenakan GST. Terdapat pelbagai lagi barangan lain yang akan dikenakan GST.jadi apakah pandangan anda semua rakyat Malaysia ??adakah anda sudah bersedia ??

Sekiranya anda semua tertanya-tanya apakah lagi barangan lain yang akan dikenakan & tidak akan dikenakan GST. Di sini saya sertakan pautan bagi senarai barangan tersebut..boleh klik di SINI dan SINI .

P/s :Formalnya bahasa aku,saya dan anda.hehe.apalah nasib kita sebgai rakyat marhaen nii..harga rumah juga akan meningkat 3% selepas dikenakan GST berikutan kos bahan binaan.korang boleh rujuk di SINI.

ini semua belum termasuk lagi kos peniaga yang akan menaikkan barang sesuka hati & juga pihak yang menyatakan barangan ini tidak disenaraikan sebagai GST.tahu-tahu nanti ada ;-P

Thursday 6 November 2014

Apa pendapat korang tentang update terbaru dari Whatsapp ??

Apa pendapat korang tentang update terbaru dari Whatsapp ??

Salam jumaat semua!!.mesti ramai dari kalangan kita guna whatsapp kan ??korang ada perasan apa2 yang baru tak??aku sebnrnya lebih kepada telegram.tapi whatsapp pon ada guna jugak.baru2 ni whatsapp memperkenalkan tanda semak atau tick () warna biru,yang menandakan mesej yang dihantar telah dibaca...

Apa pendapat korang tentang update terbaru dari Whatsapp ??

kalau sebelum ni kita dapat satu tick bermakna mesej berjaya dihantar,double tick bermakna mesej berjaya dihantar..tapi tidak bermakna mesej tersebut telah dibaca..dan sekaranggg dengan double tick berwarna biru.menandakan mesej yang dihantar telah sampai dan dibaca..jadi apakah perasaan korang??memudahkan atau menyerabutkan??.haha..ada mesej yang korang memng taknak balas..tapi once dah tengok.si penghantar dah tahu yang korang dah baca mesej dorang.ngehehe.


Wednesday 5 November 2014

Harga Rokok Naik, Inilah Masa Terbaik Untuk Berhenti Merokok !!

Harga Rokok Naik, Inilah Masa Terbaik Untuk Berhenti Merokok !!
KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS
Assalamualaikum!!..lama jugak aku xmenaip ni.hari ni rasa rajin pulak..tibe2 ada isu..aku update la..kepada yang xtahu.hari ni pukul 12 tengah malam harga rokok di naikkan..ari tu baru naik rm1.lpastu turun.lpastu naik pulak 1.50..apa yang aku baca dari sinar harian..harga rokok dinaikkan susulan kenaikan duti eksais pada 1 November 2013 dan Commercial Marketers and Distributors Sdn Bhd (CMD)  syorkan dengan kenaikan harga yang disenaraikan(rujuk gambar)

Geram tu geram jugak..tapi dari prespektif lain..aku anggap benda ni batu loncatan.dan titik permulaan bagi semua perokok2 berhenti merokok..termasuk aku lah..haha.so dah setel cite rokok..aku nak share sebenarnya harga emas sekarang merudum jatuh gilerrrr..dengan duit beli rokok tu apa kata kita sama2 kumpul beli emas dan buat pelaburan.

Harga Rokok Naik, Inilah Masa Terbaik Untuk Berhenti Merokok !!
KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS

gambar ni aku print screen dari website public gold pukul 12:50 am hari  ni.just few seconds before aku update blog.haha..aku suka bukak website public gold sebab dia update harga emas setiap 20 minit.Kalau nak beli emas pon aku suggest korang beli kat public gold sebab dorg jual emas lebih murah dari kedai emas dan juga bank..apa lagi harga sekarang jatuh.lagi la murah..sebab dorang ada kilang emas dorang sendiri..best thing.kalau korang risau harga tu naik.korang lock je harga siap2.lepastu kalau besok tbe2 harga tinggi.korang tetap bayar dengan harga yang korang lock..ok lah..jom tidoo.besok keje.aku harap sama2 lah kita berusaha berhenti merokok.haha.ciauu

Wednesday 29 October 2014

Apa barang main lumba kereta jalan lurus !!

Apa barang main kereta jalan lurus !!
RX7 FD3S

Salam.hello..letih betul hari ni..kat kajang sini dekat sejam hujan..alang2 tak buat pape..internet pulak tersedia baekkk.update la blog.tajuk entri pon cliche giler.hujan2 ni nak feeling2 rotary..asyik layan enjin piston je kan..hujan2 dengar bunyi rotary.fuhhh..baek baii!! so cmne ??13b orrrr 20b with 3rotor pleaseee.prang 3x

Ramai dari kita hari ni berlagak.jalan lurus mencilok2, buat drag..padahal kete tu dah memang laju..testing machine boleh kira lah.nak test sendiri tara mana driver tu, ce ajak main kat track atau betul2 nak test power  main naik atau turun bukit(race mode bro) dekat jepun orang panggil touge race.Ok.aku sebenarnya nak share video dari pelumba kereta professional merangkap drift king kite iaitu Keiichi TsuchiyaJom Kite layan


apa aku dapat simpulkann dan poin2 penting yang terdapat dalam video ni adalah :

1) Real man battle downhill, and hits on corner..(lelaki sebenar berlumba turun bukit dan serang ketika cornering, bukan jalan lurus)

2) When it comes to touge race,power doesnt be a number one.its all about balance.(kelajuan kereta bukan la keutamaan bile berlumba "touge" naik/turun bukit.ianya memerlukan keseimbangan(understeer,oversteer,good suspension dan sbgainya)

3) Power isnt everything while touge race,you cant even push it to the limit if your car doesnt have a great balance(kelajuan kereta bukan segalanya bile berlumba touge,kau tak boleh nak meneran kereta sampai 200kmh pon bile ambik corner kalau kereta tiada keseimbangan & kalau boleh pon, berani ke nak ambik corner tajam.kaki masih kat pedal minyak :-P)


P/s : aku respect dengan pakcik tsuchiya ni.dari tokyo drift in the making lagi aku dok perhati dia ni.semua drifter,racer kete hebat2 kbnyakkan kalah dengan dia naik/turun bukit..selamba hadap je tekan minyak sampai cecah lantai masa naik,turun bukit.
jangan nak sembang kete laju,jalan lurus sume orang dapat cite.try maen corner barutau bakat sebenar org tu..harap tiada siapa yang tersinggung.lol.ini hanyalah posting ilmu dikala petang dah habis waktu kerje xtau buat apa..sila share pada kawan2 korang yang berlagak kete lajuu.heheheee :-P


Saturday 25 October 2014

Lagu 'Apa Khabar' begitu mengusik jiwa

Lagu 'Apa Khabar' begitu mengusik jiwa
Malique Bersama Joe Flizzow (kredit gambar Emi Music)

Assalamualaikum semua, Apa khabar ?? lama betul xupdate blog ni..lama dah aku terfikir sebenarnya nak update entri berkenaan lagu baru yang di keluarkan oleh Joe Flizzow aka Mr President..Tapi tu lah, takde kelapangan nak update blog.hari tu ada free tapi on that time panas isu palestin,mh370.so aku chill kejap.ni baru ada masa.huh

Aku sebenarnya,sejujurnya sangat2 rindukan too phat, malique dengan joe flizzow bersatu macam dlu..bile dengar setiap bibit2 ayat dari lirik lagu Apa Khabar buat aku teringat zaman kegemilangan hip hop aku dlu.start tahun 2000-2007 mcm tu (approximate years) aku minat giler hiphop.dlu2 kat malaysia ni pengaruh barat kuat.masing2 ada yang follow punk,grunge,skin head,hiphop..mcm2 lagi laa..tahun 2005-2006 kalau pergi je area bukit bintang.bersepah budak2 punk dengan rambut kaler cacak.bau seakan2 telur mentah pekat.seluar jeans ketat..skin head pon lebih kurangg..pernah jugak follow member skali masa dlu underground gig.gilo2..

tapi aku lebih pada hiphop..dan tonggak utama yang membuatkan aku jatuh cinta dengan hip hop adalah Too Phat..Phat Family,teh tarik crew..geng2 miz nina ,altimet...influence hip hop terlalu kuat dan di adaptasikan ke sekolah menengah..sungguh2 study pasal knowledge hiphop.elemen hiphop MC,DJ,BBOY,GRAFFITI..study pasal sejarah afrika bambaata.start layan lagu hiphop dalam dngn luar ngara..biggie,tupac shakur..start buka kamus thesaurus semata2 nak guna ayat  level atasan..belajar bahasa sastera supaya ayat yang keluar dari mulut berbentuk bombastic walaupun aku terkadang sarkastik.dan bandar kajang ni pulak bersepah dengan graffiti2 KC,Sate Town Crew,JLK, byk lagii..dan sikit demi sikit dipadam dan dicat...siap ada yang diconteng graffiti tu dengan spray merah oleh budak2 skin head kat area kajang dlu sbb bergaduh kawsan la lebih kurangg..

Lagu 'Apa Khabar' begitu mengusik jiwa

Lagu 'Apa Khabar' begitu mengusik jiwa

2 gambar ni aku ambik tahun 2013.gune phone aku samsung galaxy S3..ini je yang ada..kat kawasan parking belakang metro kajang yang dahulunya muram..tempat2 lain yang ada graffiti kebanyakannya dah clean

kat sekolah pulak pakai seluar loward.baju besar.kasut pkai kasut DC atau nike putih warna besar.pakai jam besar.dengan beg penuh button2 hip hop.Butik Echo Park kat kajang jadi rumah nombor 2,(sekarang dah tutup,dah lama pon).masa hiphop aktif.2 kali aku pergi konsert dorang..so aku sebgai peminat too phat.dan ramai lagi peminat2 too phat yang lain yang aku tahu kat luar sana mesti nak tengok yang too phat bersatu balik..setiap kali aku dengar lagu joe flizzow kat radio..aku teringat juga pada malique yang kini menghasilkan karya tanpa meng-exposekan diri.aku berharap mr general a.k.a malique akan sedia bersatu balik..gerenti cakap..aku beli vip ticket for any too phat concerts!!



P/s : sayu je muka joe..i feel u bro !! ;-(

Friday 1 August 2014

Mengapakah Silat Sering Dikaitkan Dengan Perkara Khurafat ??

Mengapakah Silat Sering Dikaitkan Dengan Perkara Khurafat ??

Assalamualaikum semua, lama betul xupdate blog.moga2 kita semua sihat.tak lupa juga buat saudara kita di Palestin,gaza yang terus2 an dibedil zionis zalim.selamat hari raya buat semua.hari ni aku nak bercerita tentang silat.aku bercerita mengenai apa yang aku tahu, jikalau terdapat salah dan silap mohon ditegur dan di beritahu.


Aku sebagai bekas pelajar silat harimau putih berasa kesal terhadap pihak yang mengaitkan perkara syirik dan khurafat terhadap silat. Baru2 ini di news feed fb aku ada fb page yang post video dan difahamkan mereka bersilat dalam gelanggang tanpa menyentuh musuh.hanya kawal dari jauh.tumbuk dari jauh dan bahkan ada yang berdiam tanpa melakukan apa2 tapi apabila musuh datang mendekati.musuh itu xdpt nak serang..ok sebelum kita lanjutkan kisah ni kita dengar dulu ceramah ustaz azhar idrus




jadi belajar silat xharam yang jatuh hukum haram apabila ada perkara/upacara tertentu yang melibatkan pemujaan dan sebagainya yang membuatkannya kebal dan sbgainya..Tentang bagaimana seseorang boleh pukul jrak jauh dn sbgainya sperti yang dikatakan seperti silat nasrul haq,silat wali suci, pasak bumi dan seumpamanya.aku tak pasti.aku sendiri masih banyak ilmu Allah yang belum aku tahu dan terokai.tapi jika berfikir dari logik akal dan juga ustaz aku penah cakap masa belajar di sekolah pondok dulu bahawsanya    kelebihan tertentu hanyalah mukjizat yg dberikan oleh allah pada rasul, karomah pd wali,  irhas buat seseorang yang bakal menjadi rasul(perkara luar biasa yang diterima sebelum diangkat menjadi rasul dan menerima mukjizat) dan seterusnya maunah pada org soleh dan bertaqwa dan ianya terjadi sekali sekala shja.

Jadi jika difikirkan dari manakah datangya kekuatan yang luar biasa dan ada diantaranya perlu membaca ayat2 dan jurus tertentu bagi menyempurnakan diri supaya menjadi kebal,dapat pukul dari jauh. ada pula yang perlu menjadi  marah baru boleh tumbuk dan pukul dari jauh, dan ada juga yang kata ianya hanya berguna di dalam gelanggang sahaja. Tapi persoalannya dari manakah kuasa itu diperoleh ?? ada kawan aku yang belajar silat dia ajak sekali masuk silat ini tapi aku masa tu xtau apa2 jadi aku mintak la izin tok guru aku. ustaz hassan namanya.dia xbagi. jadi kalau nak tau mcmmana boleh jadi camtu tanya sndri pda penuntut ilmu trsebut.tapi ada yang cakap berkat wali,jin,tenaga dalaman,khadam dn sbgainya.wallahualam Apa pon  sebelum kita bercerita lebih lanjut saya menjemput tuan2 untuk mendengar ceramah ustaz kazim elias berkenaan perihal jin,saka yang berdurasi 2jam


 melalui ceramah ini dapat sya simpulkan melalui apa yg dikatakan ustaz bahawasanya.

1)wali atau org soleh yg dh meninggal xkn ada pape hubungn lg dgn org yg msih hdup,
2)manusia dan jin xkn boleh berkawan.jumhur ulamak mengatakan haram ada sebahagian yang mengatakan harus.(rujuk link SINI UNTUK PENJELASAN ) tapi meminta pertolongan memang terang lagi bersuluh haram dan dosa.ianya jadi syirik.
`Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat. (Al-Jinn 72:6)

` Adapun orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka Jahannam. '(Al-Jinn 72:15)


Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah beribadat kepada Tuhanku semata-mata, dan aku tidak mempersekutukanNya dengan sesiapapun".(Al-Jinn 72:20) 


3)ada bomoh atau ilmu perubatan yg mnggunakan ayat suci al quran dicampur dengan jampi memuja pekara lain untuk bnd yg salah.jika pengamal silat yang mengamalkan bertentangan jalannya.ianya juga dosa besar(mencampuradukkan ayat alquran dan ayat2 syifa dan sebagainya yang memuji allah tidak salah,yang salah apabila dicampur dengan jampi memuja selain Allah)

Cube kita bayangkan nabi muhammad kekasih allah, cedera , berdarah di kepala dibaling batu semasa perang thaif, patah gigi semasa perang uhud..sedangakan nabi mulia muhammad saw kekasih allah. Kalau korang semua ada kekasih yang sangat korang cintai. calar sikit badan kekasih kita, kita dah menggelabah kan..tapi kenapa allah datangkan ujian kepada kekasihnya?? kerana syurga tempat yang dijanjikan oleh allah. cuba bayangkan lagi para sahabat yang mngumpulkan Al- Quran dalam satu Mashaf pun ada yang mati dibunuh dan  gugur dalam peperangan. Tentera Al- Qassam di GAZA diwajibkan menghafal Al-Quran pun gugur dalam peperangan.bagaimana mereka yang hanya mengamalkan dua-tiga ayat al quran untuk menjadi kebal.kuat.

Cube bygkn lagi manusia pling hebat brlatih muaythai dari kecik.tp xsume boleh shebat tony jaa.blajr tumbuk hari2,laju tp xsemua boleh sehebat mike tyson.tapi kalau bljr bnd ni.sume org boleh dpt prlindungn dr sumber yg kite sndri xtau(skiranya ianya mampu merosakkan akidah.nauzubillah)
Bruce lee sndri siang mlm brlatih.anginnya saje dr pukulan dia dpt drasa.dan ianya lojik sbb mlalui latihan yg kental.plajr2 wingchun stretching berjam2 dgn imbangan sblah kaki mmg mampu lompat tinggi mlalui latihan.tapi kalau bnd ni lari dari norma manusia walau ada latihan bgaimanapon.mustahil dpt tendang dr jauh.elak dr jauh dgn dri sndri tnp sbrg bantuan .blajar silat atau apa jua sni pertahankan diri xsalah.aslkn ianya melibatkan dri kita.kkuatn yg dperoleh melalui kita yg sndri pling pnting ianya dredhai allah.sama2 kita hindari syirik dalam apa jua seni pertahanan diri 

P/S : Sekiranya terdapat salah dan silap dalam  penulisan dan perkongsian saya ini  mohon ditambah dan diberitahu. Dan sekiranya ada antara pembaca blog ini salah seorang pelajar seni persilatan yang lebih kurang atau seumpama ini segera bertaubat./atau sekiranya anda merasakan ianya tidak menggunakan sebarang khidmat jin, benda yang melibatkan khurafat dan ianya datang dari latihan yang tidak memerlukan bacaan jampi,hanya ketabahan dalam berlatih seperti manusia biasa berlatih dalam seni pertahanan diri yang diamalkan, anda digalakkan untuk memberi penerangan yang terperinci tetang bagaimana semua prkara itu dilakukan..penulisan blog ini bukan lah untuk menakut2kan atau fitnah bahawa silat itu salah, silat ini salah kerana saya juga bekas pelajar silat..Ianya sekadar perkongsian dan langkah berjaga2.ketika ingin mempelajari sesuatu ilmu. semoga sama2 kita beroleh manafaat dari penulisan ini. wallahualam :-)

Sunday 22 June 2014

Kenapa aku lebih memilih kereta Jepun berbanding kereta luar yang lain ??

gtr vs lambo and ferrari
iklan nissan agak kasar naa

Bile sebut je pasal kereta atau supercar, perkara pertama sekali yang terdetik kat fikiran dalah kemampuan enjin dia. sebenarnya topik aku kereta jepun tu masih belum spesifik.aku fokuskan pada jentera jepun yang awesome ni adalah skyline. semua yang kenal aku memang tau aku ni hantu skyline especially gtr atau nama glamor dia godzilla.

aku suka sume kete sport mcm vtec dc5,k20, b18c xlupe jugak mivec (mitsubishi) EJ257 subaru, 1JZ,2JZ,rotary engine 13b,20b tapi paling menjadi kegilaan aku adlah rb26 dan especially  VR38DETT..

persoalanyya kenapa, kenapa kenapa ??okay lah. aku sndiri naik altezza enjin 1jz..aku xdpat nafikan yang ianya memang awesome tapi belum level bombastic walaupon dah ganti muffler(naik kan horsepower) kete pon NA.

rb26 in skyline 32
rb26 in skyline 32
Tapi aku tak boleh tipu diri aku yang bahawasanya evo 10 ambik corner sangat smooth dan pickup kereta evo sangat awesome.tapi sayangnya bile dah cecah 180kmh-200kmh(approximate kilometer) dia memang makan asap dengan skyline.(walaupon betul setengah orang kata bergantung pada tangan yang membikin,dan berapa banyak yang kita laburkan pada kereta tersebut) sesuai untuk drag.dan kete vtec kegemaran aku semsetinya integra dan ek9.tapi sayangnya kereta tersebut dah dengar dah bunyi vtec dah ni tapi  masih nampak GTR kat depan.aku mohon kalau ada abang2 kete yang baca post aku jangan marah,saya budak baru belajar dan penah bawak kete yang saya tuliskan,(berkata berdasarkan pengalaman) tapi bile sembang pasal enjin ianya agak universal.

tapi aku ambik perkiraan mudah.sesetengah kereta yang ditambah horsepowernya pada tahap yang agak memberangsangkan masih tak mampu mengejar GTR.(bukan semua,tapi jika dibandingkan dengan horsepower asal gtr35) aku tengok sendiri kete baru dari toyota, toyota gt 86,top speed dan horsepower asal baru 259km/h..

cuba bayangkan disaat kereta lain berhempas pulas nak tambah horsepower,letak turbochrge,turbo, nak lajukan kereta.skyline dengan horsepower asal mampu mencecah 320km/h.bak kata melayu dia.tapau bodoh je.what a great supercar right here.ni antara kompilasi video yang aku kumpulkan.nanti korang cari sendiri kat youtube kalau nak lagi.haha

drag race.meter mph.tapi lebih 1km consider main top



GTR vs superbike YAMAHA R1 vs SUZUKI GSX R1000 (superbike kena tinggal hampir 1km.R1 top speed 299kmh cut.)



skyline 34, 320kmh top speed





skyline 32 sumbat enjin 2jz vs kawasaki zx10..power tuner 2jz.tapi tetap rb26 dgn vr38dett jgak :-P



leh lagi byk video skyline main dengan lambo,mustang bugatti veyron vs (skyline r34) dan sbgainya.tdo jap.baii.hahah(mohon jangan compare dengan kereta venom gt atau kereta harga berjuta2,cc kecik ni pon boleh main dengan lambo berjuta,ni pon dah kira satu kebanggan)

Perubahan Drastik !! mampukah berlaku ??

Perubahan Drastik !! mampukah berlaku ??

Aku sebenarnya nak update pasal kereta boleh pulak something came up kat kepala ni lepas update pasal pengislaman felixia tu..adoi.haha. so lets get started.this is my opinion...kalau ada yang nak tegur atau nak tambah silakan.

Okay bagi aku manusia  kalau nak berubah,tak kisah la nak ubah jadi baik ke, isteri nak ubah perangai suami panas baran, mak ayah nak buat anak2 faham ke, nak ubah perangai menantu yang asyik pandang negatif kat kita ke.apa2 je la

1) sabar, beri masa dan beri ruang
Perkara pertama sekali yang perlu dititikberatkan adalah masa dan ruang.disamping kesabaran yang tinggi.. bagi masa tapi bukan dengan cara mendesak.bagi dorongan dan suntikan semangat

2)Jangan mendesak /mengongkong
inilah kdang2 pnyebab utama org tak jadi berubah dan fed up..kita bagi dorongan.yakinkan dia yang dia boleh dan mampu berubah jangan menekan sampai dia rasa dipaksa.percayalah insyallah nanti dia kan rela dan lebih bersemangat untuk berubah.ancaman psikologi tu paling utama yang perlu kena jaga baik.ok see yaa


Ke arah Pengislaman Felixia Yeap

felixia yeap

Assalamualaikum semua. lama betul aku xupdate blog.last update aku pada 10 januari. sedar xsedar dah nak masuk ramadhan lagi 6 hari.Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan dan bagi kesempatan pada kita untuk menyambut ramdhan.dengan fenomena El nino yang membuatkan negara kita ni panas lain macam.insyallah dpermudahkan.

Ok aku nak cite la sikit pasal Felixia Yeap. bukan apa aku tgok ramai yang bagi respon positif, tak kurang juga yang menjadi hero melayu yang kononnya pejuang islam sejati. Paling aku xtahan tu siap ada yang menakut2kan felixia kononnya "cepat masuk islam jangan lewatkan masuk islam takot mati ke neraka kau" tak kurang juga yang kritik " kenapa pakai tudung kalau belum masuk islam?? miss felixia seolah2 mempersendakan islam " ..

Okay now let me tell you something.tahukah anda kalau dia ada niat masuk islam,dan dia belum mengucap lagi pon tak semestinya dia mati dalam kafir.kita xtahu kan??itu tugas ALLAH menghukum .ALLAH lebih mengetahui niat hambanya.niat nak peluk islam itu pon satu pintu hidayah (wallahuallam) dan yang paling aku kagum dengan felixia dia research dan mendalami islam. kita sepatutnya sebagai org islam.walaupon amal hampeh ke laut.kita tunjukkan la attitude org islam, kalau xmampu sekalipon tolong guide dia atau atleast bagi sokongan dan dorongan kat dia..kau cuba fikir kenapa nabi ajak umat nya masuk islam dengan cara yang berhikmah? melalui perbuatan? dari segi percakapan,tingkah laku?? bukan dengan menakut-nakutkan mengugut dengan modal kematian.. korg tak boleh fikir ke kalau korg push2 felixia atau mana2 org yang ada niat nak masuk islam mesti akan rasa gundah gulana, serba salah, dan silap2 tak jadi masuk  islam.nauzubillah.

ok la yg ckp nape pakai tudung tapi tak masuk islam lagi?? aku benggang dengan kejahilan yang berleluasa ni. jawapannya ada pada gambar quote by felixia itself. korang  tau x felixia penah cite at the first dia tutup aurat adalah kerana dia rasa perasaan "SECURE" dan  "LEBIH DIHORMATI"..dan dia terus belajar pasal islam. aku berani cakap yang Felixia lebih "alert" dan menjaga bab aurat berbanding org melayu kita sekarang.pakai tudung litup bak ang.

biar aku listkan la inisiatif yang aku nampak yang kebanyakan org duk hentam padahal dia duk sibuk cari gambar lama felixia.

1) dia pakai tudung litup dan lebih tutup "aurat" dari kebanyakan perempuan bajet islamik sekarang

2) dia sanggup cari sume gambar lama dan buang semua gambar lama dia (kenapa buat begitu sedangkan dia belum peluk islam) nampak tak sifat alert begitu menjaga keperibadian seleps ada niat nak peluk islam)


3) jatuh sakit kerana memikirkan dirinya dihentam teruk dan ramai malaun yg cari gambar lamanya (belum masuk islam lagi tuh,tapi dia punya concern.allahuakbar)


4) struggling untuk belajar, faham, mendalami islam,mengaji


5) seringkali menyatakan nak masuk islam di facebook dan menceritakan indahnya islam


6) mengadptasikan perkataan alhamdulillah,subhanallah,allahuakbar dalam facebook (dan mungkin juga dalam kehidupan seharian mudah2 an)


7) censored gambar rambut yang tidak bertudung apabila memperomosikan pencuci muka.'kenapa nak kagum lak?? pasal dia belum masuk islam tapi dah sungguh2 tutup aurat la'


ok la.tu je la.aku just nak update nak bagi korg tahu yang kita ni tak sempurna, klau seseorang menyatakan hasratnya nak masuk islam kita pimpin la dia.jangan bagi kata2 yang negatif yang melemahkan semangat dia dan akhirnya hasrat mnak peluk islam terkubur, macam felixia ni public figure so masih ramai lagi org yang dapat support

and lastly gua nak cakap, ramai melayu hari ni mengaku islam, mengucap xreti, selak baju ada tatto, rambut merah, pegang tangan peluk depan org ramai selmba hadap.so jangan la kita asyik jatuhkan org je ok.aku rasa felixia wayyyy better than other malay girls.huhu

P/s : You have my full respect miss felixia.lepas ni aku nak update pasal kete plak.haha.jakon lama xupdate blog.ok wassalam

Friday 10 January 2014

Honda Perkenal Enjin VTEC beserta TURBO

Honda Perkenal Enjin VTEC beserta TURBO
VTEC Turbo 1.0 liter

Berita gembira bagi peminat2 kereta,khususnya brader2 VTEC. 19 Nov lepas honda mengumumkan terdapat 3 jenis enjin baru VTEC TURBO 1.0 liter, 1.5 liter dan 2.0 liter dengan prestasi yang dinamik dan juga lebih penjimatan minyak.

Honda Perkenal Enjin VTEC beserta TURBO
VTEC Turbo 1.5 liter

walaupon aku bukan peminat tegar vtec.tapi aku tetap minat dan kagum dengan honda.senang cite pasal permotoran la especially yang superb,gempak,laju,banyak ciri2 yang unik.ngehehe..tapi gua tetap jiwa skyline.love GTR forever weh.tapi jiwa je skyline, VTEC aku layan jugak.aku minat integra dengan ek9.fuhh.mantop!!

Honda Perkenal Enjin VTEC beserta TURBO
VTEC Turbo 2.0 liter

cuba korang bayangkan vtec saje dah sedap,dah laju inikan pulak vtec teboo.pergh.macamne la pergi dia kan..haa,dan juga kereta pertama yang bakal dilengkapi dengan enjin VTEC TURBO 2.0 liter adalah kereta Honda Civic Type R yang baru.tapi too bad kete tu untuk pasaran europe je.tapi xpe.enjin tu lu orang beli taruk civic type r korang pon okay.jantung baru.not bad what.pastu try dengan aku punya skailain.hehe.gurau je.apa pon nak try jgak la.mesti gempak enjin baru dia.

sumber pertama
sumber kedua