Saturday 22 November 2014

Sayangi & hargailah kedua ibubapa kita sementara mereka masih ada

Sayangi & hargailah kedua ibubapa kita sementara mereka masih ada

Hari ni viral dalam media sosial fb dan twitter satu gambar yang di postkan oleh farahsyazwanimj dengan caption "She shouted at her dad in public just because x reti pamkan angin. The dad was nicely attired for her convo. I cried" apa interpretasi yang dapat diperjelaskan dengan gambar di atas??

Aku tak tahu sejauh mana kebenaran kepsyen pada gambar itu,samada betul atau tidak. Apa pun, tak perlu aku kaitkan dengan  kereta peugeot CDM 25 dalam cerita ni.cukup la sekadar kita menghormati orang tua.apatah lagi kedua ibubapa kita.MESKIPUN mereka bukan ibubapa kandung kita..

Pangkat yang tinggi,Harta yang banyak macammana pon sentiasa la beringat asal usul kita..makbapak kau membesarkan kau siang malam.barangkali mereka bergolok gadai,kerje siang malam membesarkan kita bagi makan pakai.struggle simpan duit buat yuran dan belanja kolej...tapi bila kau dah berjaya kau lupa siapa mereka?? Mungkin mereka tidak pernah tahu menahu akau teknologi dek sibuk dengan basikal atau motor buruk.perlu ke menengkin dan jerit kepada mereka.

Aku berpesan pada diri aku juga...


Friday 21 November 2014

Tiada Lagi Subsidi Untuk Petrol RON 95 Dan Diesel Bermula 1 Disember 2014

Tiada Lagi Subsidi Untuk Petrol RON 95 Dan Diesel Bermula 1 Disember 2014
Kredit gambar paultan.org
Korang dah tahu ke belum start 1 Disember ni tiada lagi subsidi minyak oleh kerajaan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek mengumumkan dalam satu sidang media bahawa kesemua subsidi untuk bahan api petrol RON 95 dan diesel akan dihentikan berkuatkuasa bermula 1 Disember 2014.Jadi harga minyak sekarang buat masa ini RM 2.30 seliter secara tak langsung akan meningkat kepada RM 2.43 sen seliter.


Alasan penghentian subsidi yang diberikan adalah kerana harga pasaran lebih rendah berbanding harga di pam..Harga petrol dan diesel akan diapungkan mengikut harga pasaran dunia yg akan dikaji secara bulanan.. Aku malas tulis panjang.sendiri mau ingat la..masa harga pasaran turun, kita punya minyak tak turun harga..Bersedia lah duhai rakyat Malaysia.GST akan menyusul

Tiada Lagi Subsidi Untuk Petrol RON 95 Dan Diesel Bermula 1 Disember 2014

P/s :Dengan penghapusan subsidi petrol dan diesel, tiadalah lagi keistimewaan rakyat Malaysia sebagai sebuah negara pengeluar minyakApa pendapat korang bila ada orang yang cakap "harga minyak x naik,cuma subsidi dihapuskan" atau "Kalau tak suka minyak naik, keluar dari Malaysia" Dapat tak korang gambarkan mentaliti orang yang cakap camtu.huhu


Tuesday 18 November 2014

Benarkah Korea Selatan Memiliki Capaian Internet Terpantas Di Dunia ??

Benarkah Korea Selatan Memiliki Capaian Internet Terpantas Di Dunia ??

Assalamualaikum.hello.bagi korang.paling power pon internet speed korang.bape Mbps boleh cecah ?? kalau sebelum ni aku ada buat entri tentang perbandingan antara internet singapore dengan internet tempatan.. Tapi hari ni aku nak cite kelajuan internet yang xkan korang dapat kat Malaysia.walupon power mana 4G korang atau power mana speed internet office korang.ngehehe.

Merujuk pada gambar.1Gbps speed untuk download dan 157Mbps untuk upload speed..gambar ni aku ambik dari Fb page Sheikh Waleed Abdul Hakeem.. Beliau menyatakan bahawa masa yang diperlukan untuk mendownload data bersaiz 1GB/Gigabyte hanyalah 21 SAAT.. Woaahhh.giloss laju.

Benarkah Korea Selatan Memiliki Capaian Internet Terpantas Di Dunia ??

dan dengan kelajuan yang ada.dengan selamba video2 sebesar 2TB/Terabyte di download dari youtube oleh sheikh..laju kannn ?? mesti smooth je buat keje.hehe..bagi yang tak kenal beliau.boleh tengok rancangan The Deen Show.beliau merupakan pendakwah yang merupakan imam yang sering merantau dan akan menterjemahkan ayat al quran,hadis dan juga founder bagi Ilm Path Academy, Life Path Training.


Saturday 15 November 2014

Berapakah Harga Sebuah Kenderaan Selepas Dikenakan GST ??

Berapakah Harga Sebuah Kenderaan Selepas Dikenakan GST ??
kredit gambar dari group fb pelabur muda

Holla..Seperti yang semua orang sudah sedia maklum, Pada April tahun hadapan negara kita akan meng implementasikan GST yang juga dikenali sebagi cukai barangan dan perkhidmatan..tahukah anda semua apakah kesannya pada kita sebagai rakyat ??

Anda semua boleh lihat contoh harga kereta yg akan dikenakan pada tahun hadapan.
Contoh harga kereta Rm150,000 selepas GST dikenakan menjadikan harga kereta tersebut Rm159,000.

Bayaran muka dikenakan GST,baki lebihan dari pemotongan bayaran muka kenderaan juga akan dikenakan GST.Sekiranya anda membeli kereta secara tunai sekalipun tetap akan dikenakan GST.

Ini adalah salah satu contoh barangan yang dikenakan GST. Terdapat pelbagai lagi barangan lain yang akan dikenakan GST.jadi apakah pandangan anda semua rakyat Malaysia ??adakah anda sudah bersedia ??

Sekiranya anda semua tertanya-tanya apakah lagi barangan lain yang akan dikenakan & tidak akan dikenakan GST. Di sini saya sertakan pautan bagi senarai barangan tersebut..boleh klik di SINI dan SINI .

P/s :Formalnya bahasa aku,saya dan anda.hehe.apalah nasib kita sebgai rakyat marhaen nii..harga rumah juga akan meningkat 3% selepas dikenakan GST berikutan kos bahan binaan.korang boleh rujuk di SINI.

ini semua belum termasuk lagi kos peniaga yang akan menaikkan barang sesuka hati & juga pihak yang menyatakan barangan ini tidak disenaraikan sebagai GST.tahu-tahu nanti ada ;-P

Thursday 6 November 2014

Apa pendapat korang tentang update terbaru dari Whatsapp ??

Apa pendapat korang tentang update terbaru dari Whatsapp ??

Salam jumaat semua!!.mesti ramai dari kalangan kita guna whatsapp kan ??korang ada perasan apa2 yang baru tak??aku sebnrnya lebih kepada telegram.tapi whatsapp pon ada guna jugak.baru2 ni whatsapp memperkenalkan tanda semak atau tick () warna biru,yang menandakan mesej yang dihantar telah dibaca...

Apa pendapat korang tentang update terbaru dari Whatsapp ??

kalau sebelum ni kita dapat satu tick bermakna mesej berjaya dihantar,double tick bermakna mesej berjaya dihantar..tapi tidak bermakna mesej tersebut telah dibaca..dan sekaranggg dengan double tick berwarna biru.menandakan mesej yang dihantar telah sampai dan dibaca..jadi apakah perasaan korang??memudahkan atau menyerabutkan??.haha..ada mesej yang korang memng taknak balas..tapi once dah tengok.si penghantar dah tahu yang korang dah baca mesej dorang.ngehehe.


Wednesday 5 November 2014

Harga Rokok Naik, Inilah Masa Terbaik Untuk Berhenti Merokok !!

Harga Rokok Naik, Inilah Masa Terbaik Untuk Berhenti Merokok !!
KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS
Assalamualaikum!!..lama jugak aku xmenaip ni.hari ni rasa rajin pulak..tibe2 ada isu..aku update la..kepada yang xtahu.hari ni pukul 12 tengah malam harga rokok di naikkan..ari tu baru naik rm1.lpastu turun.lpastu naik pulak 1.50..apa yang aku baca dari sinar harian..harga rokok dinaikkan susulan kenaikan duti eksais pada 1 November 2013 dan Commercial Marketers and Distributors Sdn Bhd (CMD)  syorkan dengan kenaikan harga yang disenaraikan(rujuk gambar)

Geram tu geram jugak..tapi dari prespektif lain..aku anggap benda ni batu loncatan.dan titik permulaan bagi semua perokok2 berhenti merokok..termasuk aku lah..haha.so dah setel cite rokok..aku nak share sebenarnya harga emas sekarang merudum jatuh gilerrrr..dengan duit beli rokok tu apa kata kita sama2 kumpul beli emas dan buat pelaburan.

Harga Rokok Naik, Inilah Masa Terbaik Untuk Berhenti Merokok !!
KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS

gambar ni aku print screen dari website public gold pukul 12:50 am hari  ni.just few seconds before aku update blog.haha..aku suka bukak website public gold sebab dia update harga emas setiap 20 minit.Kalau nak beli emas pon aku suggest korang beli kat public gold sebab dorg jual emas lebih murah dari kedai emas dan juga bank..apa lagi harga sekarang jatuh.lagi la murah..sebab dorang ada kilang emas dorang sendiri..best thing.kalau korang risau harga tu naik.korang lock je harga siap2.lepastu kalau besok tbe2 harga tinggi.korang tetap bayar dengan harga yang korang lock..ok lah..jom tidoo.besok keje.aku harap sama2 lah kita berusaha berhenti merokok.haha.ciauu