Thursday 14 November 2013

Selamat hari 'Asyura kepada semua umat islam

Selamat hari 'Asyura kepada semua orang islam


Assalamualaikum sume.lama betol aku xupdate blog.asalnya nak update pasal hari 'asyura ni 2 hari lepas.tapi sayangnya hajat tak kesampaian sbb internet xde.haha.apa2 pon selamat berpuasa kepada yang berpuasa pada hari ini.Bagi orang islam ianya ibarat sebuah bonus yang sangat besar yang Allah bagi sebab ianya menghapuskan dosa kita setahun yang lepas.seperti yang dinyatakan dalam hadis dibawah

عن أبي قتادة رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم سئل عن صيام يوم عاشوراء فقال: ((يكفر السنة الماضية)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.

Daripada Abu Qatadah r.a. : bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘asyura. Baginda menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (Riwayat Muslim)

apa2 pon.10 muharram.iaitu hari ini juga adalah hari keagunggan bagi orang yahudi dan kristian..ha..dan juga hari Karbala bagi puak2 syiah.time untuk dorang pecah2kan badan tu.Soo bagi yang nak berpuasa asyura digalakkan berpuasa tasu'a iaitu puasa sehari sebelum puasa sunat 'asyura.ataupon pada sesiapa yg baru berpuasa 'asyura hari ini boleh buat puasa sunat besok.ianya bertujuan supaya tidak sama dengan mereka yang bukan islam.ini antara hadis yang dinyatakan

وعن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُما قال، قال رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم: ((لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.

Daripada Ibn Abbas r.a. beliau berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (Riwayat. Muslim)

Selamat hari 'Asyura kepada semua umat islam

Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9". Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)

P/s : kredit gambar oleh OwhSoMuslim dan islamituindahdotmy

semoga kita semua beroleh keberkatan di hari yang mulia ini.Allahumma Amin~

0 comments:

Post a Comment