Sunday 26 July 2015

Apakah definisi kekayaan sebenar buat anda ??

Apakah definisi kekayaan sebenar buat anda

Apakah maksud sebenar kaya buat anda? adakah dengan memiliki rumah besar, kereta bmw 5 biji aset melimpah ruah, dan segala kemasyhuran??

Ramai orang harini rasa kagum dengan mempamerkan kekayaan mereka di fb, instagram.tak kira yang betul-betul berduit atau acah2 masyuk.

kisah 4 beranak yang viral baru-baru ini pergi balik ke kampung dengan sesak dan sarat dengan barangan dan menunggang honda ex5 buat saya terdetik untuk buat entri ini.siapa yang tidak sedih mengenangkan nasib mereka dikala kita bersuka ria pulang ke kampung..dan saya tahu ramai yang sudah tahu kisah abang reza ini.ada yang offer duit, kereta dan sebagainya sebagai bantuan..tapi apa yang membuatkan saya sebak adalah kerana satu situasi dibawah ini

Allahuakbar. Alhamdulillah allah temukan aku dengan family ni tadi otw balik kerja. Family ni yang viral di FB sebab...
Posted by Abdullah Firdaus Baharuddin on Wednesday, 22 July 2015


antara ayat pertama yang terpacul dimulut abang ni adalah "motor abis minyak ke bang? Saya ada minyak lebih." bagaimana sebagai orang yang tak punya banyak harta mampu meng offer minyak..sama juga kisahnya dengan seorang gelandangan yang tak punya apa.dengan apa yang dimiliki diberi sama pada insan yang memerlukan sepertinya juga




so kesimpulan yang saya dapat adalah, kadang2 insan yang tak punyai apa2 lebih memberi ketika insan yang lain memerlukan..bukan kerana mereka kaya atau mereka cukup dengan apa yang mereka dapat..tapi mereka tahu apa rasanya lapar,apa rasanya tiada duit,apa rasanya dijalanan. apa rasanya tak punya apa2.

ramai dikalangan kita memandang serong dan hina pada golongan bawahan.bukan gelandangan sahaja.orang naik kancil,viva,ex5 dipandang serong..tapi mereka xtahu mungkin insan yang mereka hina yang bergaji seribu, seribu lebih itu..setiap bulan tak lupa beri duit pada makayah.70-80rm beli makanan bungkus untuk diberikan kepada gelandangan.ada duit untuk menderma dan menyimpan..orang yang menghina mungkin naik mercedes, lepak starbucks, bukan kata duit nak bagi kat makayh.lebih teruk bazirkan duit di tempat maksiat.kelab malam,chowkit road..tapiiii..bukan semua, tak dinafikan.ada yang kaya dalam senyap hulur sumbangan ke bantuan gaza,syria berpuluh ribu..dalam senyap sedekah kan duit..tapi harini ramai orang yang apabila diminta bantuan akan cakap"tunggu aku kaya" hakikatnya kalau di izinkan kaya pon.belum tentu dia akan memberi walau RM1 ke tabung masjid.

Kekayaan itu adalah ujian,
Kemiskinan juga adalah ujian.

Jadi kesimpulannya apakah kekayaan yang sebenar buat anda semua??

P/s: Kaya bukan bererti berapa banyak harta yang kita miliki, Kaya bererti berapa banyak kau mampu memberi