Saturday 3 June 2017

Salam Ramadan 2017 Bruh !!


Assalamualaikum buat semua, selamat menjalani ibadah puasa di bulan ramadan yang mulia ni. harapnya korang semua sihat dan kekal bertenaga dan jangan jadikan puasa sebagai alasan penat bekerja dan sebagainya lah ye.hehe.berpesan untuk diri sendiri jugak😁

Lama betul aku tak update blog ni.. ingatkan baru 4-5 bulan, rupanya makan tahun dah.huhuhuu..entri sebelum ni bulan puasa jugak.kah3. so disebabkan harini tiba2 rajin blogwalking mencari khazanah untuk dikongsi bersama..aku singgah kat blog era.fm terjumpa entri berkenaan 4 aplikasi sempena bulan ramadan. so ada 4 app untuk korang download- iQuran, Athan Pro, Ramadan Fitness Challenge & Ramadan Legacy..kalau korang nak tahu lebih lanjut.baca kat site diorang. tekan je link merah atas tu.

So yang menjadi tarikan buat aku adalah 2 app terakhir yang aku list tu. Ramadan Fitness Challenge dan juga Ramadhan Legacy

      Ramadhan Legacy                     Ramadan Fitness Challenge

Ramadhan Legacy - memudahkan korang tracking amalan korang,goal korang beribadah sepanjang ramadahan.dan dikatakan juga korang boleh upload gambar.so boleh motivate korang lah kan.

Ramadan Fitness Challenge - Untuk hari 1-30 hari diorang ada saranan workout yang sesuai untuk korang.

soo, boleh la korang capai misi kurus sebelum raya dan dalam masa yang sama tambah amalan dengan konsisten dengan 2 app ni..so that, insya allah.mudah2 an lepas habis puasa pon ibadat tu masih dilakukan tanpa bermalas2 an. so jom download, aku pon x download lagi ni. hashtag# misi mendapatkan jaw line sebelum raya.haha😝

Aku rasa tu je kot untuk entri kali ni.panjang sangat dah ni.apa pon selamat berpuasa semua.


Sunday 26 July 2015

Apakah definisi kekayaan sebenar buat anda ??

Apakah definisi kekayaan sebenar buat anda

Apakah maksud sebenar kaya buat anda? adakah dengan memiliki rumah besar, kereta bmw 5 biji aset melimpah ruah, dan segala kemasyhuran??

Ramai orang harini rasa kagum dengan mempamerkan kekayaan mereka di fb, instagram.tak kira yang betul-betul berduit atau acah2 masyuk.

kisah 4 beranak yang viral baru-baru ini pergi balik ke kampung dengan sesak dan sarat dengan barangan dan menunggang honda ex5 buat saya terdetik untuk buat entri ini.siapa yang tidak sedih mengenangkan nasib mereka dikala kita bersuka ria pulang ke kampung..dan saya tahu ramai yang sudah tahu kisah abang reza ini.ada yang offer duit, kereta dan sebagainya sebagai bantuan..tapi apa yang membuatkan saya sebak adalah kerana satu situasi dibawah ini

Allahuakbar. Alhamdulillah allah temukan aku dengan family ni tadi otw balik kerja. Family ni yang viral di FB sebab...
Posted by Abdullah Firdaus Baharuddin on Wednesday, 22 July 2015


antara ayat pertama yang terpacul dimulut abang ni adalah "motor abis minyak ke bang? Saya ada minyak lebih." bagaimana sebagai orang yang tak punya banyak harta mampu meng offer minyak..sama juga kisahnya dengan seorang gelandangan yang tak punya apa.dengan apa yang dimiliki diberi sama pada insan yang memerlukan sepertinya juga




so kesimpulan yang saya dapat adalah, kadang2 insan yang tak punyai apa2 lebih memberi ketika insan yang lain memerlukan..bukan kerana mereka kaya atau mereka cukup dengan apa yang mereka dapat..tapi mereka tahu apa rasanya lapar,apa rasanya tiada duit,apa rasanya dijalanan. apa rasanya tak punya apa2.

ramai dikalangan kita memandang serong dan hina pada golongan bawahan.bukan gelandangan sahaja.orang naik kancil,viva,ex5 dipandang serong..tapi mereka xtahu mungkin insan yang mereka hina yang bergaji seribu, seribu lebih itu..setiap bulan tak lupa beri duit pada makayah.70-80rm beli makanan bungkus untuk diberikan kepada gelandangan.ada duit untuk menderma dan menyimpan..orang yang menghina mungkin naik mercedes, lepak starbucks, bukan kata duit nak bagi kat makayh.lebih teruk bazirkan duit di tempat maksiat.kelab malam,chowkit road..tapiiii..bukan semua, tak dinafikan.ada yang kaya dalam senyap hulur sumbangan ke bantuan gaza,syria berpuluh ribu..dalam senyap sedekah kan duit..tapi harini ramai orang yang apabila diminta bantuan akan cakap"tunggu aku kaya" hakikatnya kalau di izinkan kaya pon.belum tentu dia akan memberi walau RM1 ke tabung masjid.

Kekayaan itu adalah ujian,
Kemiskinan juga adalah ujian.

Jadi kesimpulannya apakah kekayaan yang sebenar buat anda semua??

P/s: Kaya bukan bererti berapa banyak harta yang kita miliki, Kaya bererti berapa banyak kau mampu memberi


Thursday 18 December 2014

Setiap impian Mat kereta !!

Setiap impian Mat kereta !!
370z

Hari ni aku nak cerita perihal apa yang di ingini atau di impikan oleh mat-mat kereta atau kaki kereta atau senang cerita omputih panggil every car guy dreams..apa yang aku nak ceritakan bukanlah car parts dalaman kenderaan.tapi impian memiliki kereta itu sendiri..entri ini mungkin betul,mungkin juga tidak

for track purpose of course or/daily driven car(i mean FAST CAR)

Setiap impian Mat kereta !!
SKYLINE GTR 34

Kalau diberi pilihan fast car aku yang aku prefer untuk bawak hari2 dan juga diguna di track adalah nissan gtr, any skyline, supra, fairlady..kalau korang ada duit nak beli lambo ke porsche tak salah.tapi kalau kalah dengan kereta lagi murah macam gtr jangan nangis.haha..gurauuu


for touge use/weekdays testing machine on hills or drifting session

Rx7 fd3s

Tuning untuk drift dan juga touge mungkin agak sedikit berbeza tapi keduanya tetap menjadi kegilaan mat kereta, kereta yang menjadi pilihan utama adalah rx7..atau mungkin gtr 32,atau mungkin juga evo..


for rally/drag race

Setiap impian Mat kereta !!
Mitsubishi Evo 7

Dan yess..kete untuk rally mesti mau ada.kereta rally yang paling aku suka mitsubishi evo,xkisah evo apa.dan juga subaru.apa2 jenis...kereta rally ni bawak laju kat jalan kampung berlopak xde hal laa.


P/s : itu je la aku rasa..itu impian aku dan juga mat2 kereta yang paling common..mungkin juga ada yang minat stance, ada juga yang jenis hantu sticker, ada juga jenis bosozoku dan sebagainya yang aku tak kategorikan sekali..tapi terpulang la pada individu.ada juga yang bikin kereta khas untuk drag,terpulangg..

Setiap impian Mat kereta !!


tapi kalau xde duit.memadaila beli sebiji kete family,lagi sebiji buat "kete perang" boleh buat race & touge

**GAMBAR DI AMBIL DARI PELBAGAI SUMBER MELALUI ENJIN CARIAN GOOGLE


Wednesday 10 December 2014

MyTeksi Akan Bagi RM 500 Setiap Hari Kepada Anda

MyTeksi Akan Bagi RM 500 Setiap Hari Kepada Anda

Bermula dari 3 Disember lalu sehinggalah 31 Disember 2014 ini, MyTeksi mengadakan satu contest mudah dengan memberi RM 500 TUNAI setiap hari dengan cara mengambil gambar kenderaan yang "RARE" ini atau juga dikenali sebagai MYWILDTEKSI. Caranya sangat mudah, hanya tangkap gambar diantara 3 kereta rare tersebut sekiranya anda tersempak dimana-mana.tangkap gambar dan postkan di facebook/twitter atau instagram beserta HASHTAG #myWILDteksi dan #myteksi dan tag pada MyTeksi,tapi sebelum tu jangan lupa follow atau like fb page diorang dulu.easy job,easy money

MyTeksi Akan Bagi RM 500 Setiap Hari Kepada Anda
ini merupakan contoh gambar kenderaan tersebut

Aku sendiri tak pernah tersempak dengan kereta tu.bytheway banyak promotions dan giveaway yang running sekarang daripada MyTeksi antara yang lainnn Rm30 off to KLIA/promo code untuk mereka yang menggunakan teksi sebagai alternatif utama selain bas dan banyak lagi.yang paling awesome bagi aku contest ini la.go hunt them guys. Bytheway untuk info lanjut korang boleh rujuk sini http://bit.ly/mywildteksi tentang syarat dan terma peraduan ni.dan like fb page dorang untuk follow up update2 contest/promo yang memang bayak giler kat sini FacebookMyTeksi .

P/s : Untuk makluman, ini bukan entri/post berbayar, aku just review share and spread great news.tapi kalau rasa nak bayar apa salahnya.haha ;-P .anyway aku agak suka dengan cara marketing MyTeksi since munculnya influence UBER dengan harga murah dari negara luar.something great came up dengan brilliant ideas.promo code,discounts,becoming a partner with great brands..customer dapat benefit,myteksi dapat customer with influence.this is win-win situation..WELL DONE !!


Saturday 22 November 2014

Sayangi & hargailah kedua ibubapa kita sementara mereka masih ada

Sayangi & hargailah kedua ibubapa kita sementara mereka masih ada

Hari ni viral dalam media sosial fb dan twitter satu gambar yang di postkan oleh farahsyazwanimj dengan caption "She shouted at her dad in public just because x reti pamkan angin. The dad was nicely attired for her convo. I cried" apa interpretasi yang dapat diperjelaskan dengan gambar di atas??

Aku tak tahu sejauh mana kebenaran kepsyen pada gambar itu,samada betul atau tidak. Apa pun, tak perlu aku kaitkan dengan  kereta peugeot CDM 25 dalam cerita ni.cukup la sekadar kita menghormati orang tua.apatah lagi kedua ibubapa kita.MESKIPUN mereka bukan ibubapa kandung kita..

Pangkat yang tinggi,Harta yang banyak macammana pon sentiasa la beringat asal usul kita..makbapak kau membesarkan kau siang malam.barangkali mereka bergolok gadai,kerje siang malam membesarkan kita bagi makan pakai.struggle simpan duit buat yuran dan belanja kolej...tapi bila kau dah berjaya kau lupa siapa mereka?? Mungkin mereka tidak pernah tahu menahu akau teknologi dek sibuk dengan basikal atau motor buruk.perlu ke menengkin dan jerit kepada mereka.

Aku berpesan pada diri aku juga...